Senarai model kereta paling berisiko dicuri • Kenapa pencuri target kereta anda?

 

Nukilan Pak Cik Kambing, dengan nota dari PIAM & gambar dari PaulTan.

Berdasarkan statistik dari PIAM (Persatuan Insurans Am Malaysia), terdapat 19,304 kes kecurian kenderaan berlaku pada tahun 2016.

Kalau kita kira:

19,304 bahagi 365 hari= 52.8 kes curi setiap hari
52.8 bahagi 24 jam= 2.2 kes curi setiap jam

Ya kawan-kawan, sambil kita makan tengahari, ada 2 kereta biasanya dicuri. Saya pasti ada yang pernah hilang kereta sambil seronok makan di kedai.

Kenapa sesetengah model kereta kerap dicuri? Kenapa yang lain kurang? Adakah sebab kereta tu mahal? Adakah sebab kereta tu mudah sangat untuk dicuri? Adakah kerana kereta itu cantik? 

Ada pencuri itu bebal dan tak reti curi kereta lain? Tidak sama sekali tuan-puan. Pencuri-pencuri ini sebenarnya bijak. Dorang arif tentang selok-belok pencurian kenderaan, malah telah diajar oleh sindiket untuk target sesetengah model berdasarkan keperluan ekonomi semasa. 

Baca seterusnya untuk memahami punca kereta dicuri. Untuk memudahkan pemahaman, kita rujuk carta-carta dibawah dulu:

Pertama ialah Cara kereta yang paling banyak dicuri (berdasarkan bilangan lah)

Kereta paling banyak dicuri di Malaysia

Merujuk pada carta ini, kita akan lihat kereta-kereta berikut menduduki tempat teratas:

- Proton Wira - Group Lejen

- Toyota Hilux - Group Export

- Perodua Kancil - Group Lejen

- Proton Iswara - Group Lejen

- Proton Waja - Group Lejen

- Perodua Myvi - Group Marhaen

- Proton Saga - Group Marhaen

- Nissan Vanette - Group Lejen

- Proton Satria - Group Lejen

- Toyota Vios - Group Marhaen

Apa maksud Group Lejen, Group Export, dan Group Marhaen? Sekejap lagi kami akan ulaskan.

Tapi sebelum itu, kita rujuk carta seterusnya...

 

Kedua ialah Carta kecurian kereta berdasarkan populariti

Carta ini rank kecurian kereta berdasarkan jumlah kecurian dibahagi dengan jumlah model tersebut di alam yang fana ini.

Berdasarkan ranking, kita akan lihat

- Toyota Vellfire - Group Export

- Mitsubishi Pajero - Group Export

- Toyota Hilux - Group Export

- Peugeot 508 - 

- Proton Putra - Group Lejen

- Proton Perdana - Group Lejen

- Nissan Venette - Group Lejen 

- Ssangyong Rexton - 

- Proton Satria - Group Lejen

- Toyota Liteace - Group Lejen

 

By now, anda tentu dah boleh agak apa characteristics antara ketiga-tiga Group ini.

Group dan Kenapa kereta ini dicuri? Contoh

GROUP LEJEN

Kebiasaannya group ini terdiri dari kereta lama yang sudah tidak dijual lagi.

Kereta-kereta ini dicuri kerana:

  • Sparepart sudah susah didapati kerana kilang sudah tak manufacture. Stock sparepart di kedia pon mula berkurang/makin mahal kerana stock mula kering (jadi demand making tinggi)
  • Jadi kereta dicuri untuk dipotong supaya sparepart yang makin rare boleh dijual.

Contoh sparepart yang dicari-cari:

  • enjin dan transmisi
  • radiator
  • Axle dan gearbox

 

Proton Putra

Proton Putra

Proton Satria

Proton Perdana v6

Proton Waja

Nissan Vanette

Perodua Kancil

GROUP MARHAEN

Group ini terdiri daripada kereta-kereta popular yang dimiliki oleh kebanyakan rakyat Malaysia.

Kereta-kereta ini biasanya entry-level yang boleh dimiliki oleh semua. Oleh itu, bilangan kereta ini di atas jalan raya adalah tinggi.

Kebiasaannya kereta-kereta seperti ini dicuri untuk kegunaan seperti:

  • kereta sementara yang digunakan untuk tujuan jenayah. Penjenayah pandai, dia tak akan pakai kereta sendiri.
  • kereta sewa yang dicuri, kemudian dijadikan sparepart. 
  • terdapat customisation yang menarik minat pencuri, seperti sports RIM yang mahal, brake Brembo, dan juga spesifikasi enjin yang dinaik taraf (tambah turbo) etc.

Proton Saga

Perodua Myvi

Perodua Alza

GROUP EXPORT

Group export pula terdiri daripada kereta-kereta yang dicuri untuk diexport sepenuhnya. Pencuri yang target group export biasanya terdiri dari sindiket professional yang mempunyai hubungan kongsi gelap di luar negara. 

Kereta-kereta ini dicuri bagi tujuan:

  • Kegunaan di dalam estate kelapa sawit (dalam dan luar negara)
  • Di export ke negara jiran (Indonesia & Thailand). Juga untuk kegunaan estate di sana
  • Di export ke South Africa yang menjadi hub ke-seluruh benua Africa. Ya rakan-rakan, jangan terperanjat jika ternampak Toyota Hilux dari Malaysia di atas jalan di Africa.
  • Di export ke negara-negara bergolak di Timur Tengah. Dulu kat rumah Hilux bawak kambing, sekarang Hilux sama mungkin kat Syria bawa roket.

Toyota Hilux

Toyota Vellfire

Ford Ranger

Honda CRV

 

Sebenarnya, ada group ke-empat. Group ini dikenali sebagai Group JDM Ricer.

Kenapa kereta ini dicuri? Contoh

GROUP JDM RICER

Group JDM Ricer ini ada banyak overlap dengan Group Lejen di atas.

Antara characteristics kereta-kereta dalam group ini adalah:

  • Mempunyai follower/fans yang agak fanatik, kebiasaannya terdiri dari geng kereta yang suka upgrade sana-sini semata-mata nak nampak cantik, atau nak lajukan kereta.
  • Mempunyai beberapa variants untuk orang biasa pergi pasar, dan orang yang suka race. (Civic, Civic TypeR / Lancer, EvoX / EK4, EK9)
  • Spareparts dalam variant mahal biasanya boleh dicabut dan dipasang kat variant murah. Contoh ada orang curi kereta Type-R, dan pasang sparepart Type-R kat Civic marhaen.

     

     

     

    Civic EK9

    Civic FD2R

    Mitsubishi EvoX

     

    Dapatkan sistem GPS tracker Katsana untuk track lokasi kereta secara 'live'

    Kereta ini ada pelbagai kegunaan & kepentingan kepada kita semua. Ada orang guna sekadar pergi dan balik kerja, ada yang guna untuk tunjuk kejayaan diri, ada jugak yang simpan kereta kerana suka upgrade sana-sini. 

    Yang pasti, jika kereta di curi, sangatlah pedih hati kita semua. Ini tak termasuk masa habis untuk report polis & insurans, dan nak tunggu claim insurans approve.

    Leceh sungguh.

    Jadi Pakcik nak suggest kawan-kawan install sistem GPS tracker Katsana untuk track lokasi terkini kereta. Katsana GPS tracker dah berjaya recover beratus-ratus kereta yang dicuri dalam masa beberapa jam sahaja. 

    Tak percaya Pakcik? Tengok sini, sini dan sini.

    Guna kupon ini semasa beli - PAKCIKMBEK untuk dapatkan RM60 diskaun dari keseluruhan pembelian Katsana Tracker (Private vehicle).

    Untuk beli GPS tracker demi keselamatan kereta anda, click link sini.


    Leave a comment

    Please note, comments must be approved before they are published